Seoul - Panduan pengangkutan awam (Subway)

Bila nak travel secara bajet, salah satu benda yang kena berjimat mestilah kos pengangkutan. Walaupun naik teksi ataupun sewa kenderaan khas lebih mudah dan convenient, kos yang diperlukan juga lebih banyak. Jadi, untuk mereka yang berhasrat untuk melancong tapi mempunyai bajet yang terhad, pilihan yang terbaik sekali adalah dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya subway dan bas. 

Seperti yang diketahui umum, sebahagian besar penduduk Korea kurang fasih berbahasa Inggeris. Dahlah tu, tulisan mereka juga jauh berbeza dengan tulisan rumi yang kita dah biasa kan? Haa, macam mana kita nak tahu kat mana nak naik dan kat mana nak turun? Jangan risau, jangan panik, kerana banyak papan tanda telah disertakan dengan bahasa Inggeris. Jom tengok peta subway train (Jihachul) dulu :

source: http://lookatkorea.com/blog/wp-content/uploads/2007/12/seoulsubwaymap.jpg
Fuuh, sekali imbas nampak macam pening kan? Tapi kalau perasan, di penjuru kanan atas ada petunjuk2 yang tersendiri. [Biru Gelap - Line 1], [Hijau - Line 2] dan seterusnya. Jumlah semuanya ada lebih kurang 10 line, semuanya ditandakan dengan warna2 yang berlainan untuk memudahkan pengguna. Di sini saya kongsikan sedikit tips2 untuk navigate menggunakan subway:

Merancang perjalanan dari stesen ke stesen: 

1. Perkara pertama apabila merancang perjalanan, pastikan stesen yang anda nak turun tu terletak di line berapa/ warna apa.

2.Pastikan juga untuk pertukaran dari satu line ke line yang lain, perlu tukar di stesen yang mana. (Dalam peta ditandakan dengan bulatan warna biru merah kuning). Ada sesetengah perjalanan memerlukan sehingga dua atau tiga stesen. contohnya:
         -Anda dari stesen Myeongdong (Line 4) ingin ke stesen Anguk (Line 3). Jadi anda perlu membuat   
pertukaran di stesen Chungmuro.


3. Untuk memudahkan perancangan, saya cadangkan anda dowload siap2 apps Subway korea dlm smartphone masing2. Bukan setakat tukar di stesen mana, stesen mana, tapi juga boleh kira siap2 anggaran tambang perjalanan tersebut.

*Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan tempat-tempat tumpuan pelancong berada di (Line 4), (Line 3), dan (Line 2).

Dalam stesen dan subway:

1. Untuk mencari platform yang betul, pastikan dahulu perjalanan anda menuju ke arah mana. Yang paling mudah adalah mengetahui stesen paling hujung arah tersebut, ataupun stesen berikutnya bagi arah tersebut. Contohnya:

   - Anda dari stesen Myeongdong hendak ke stesen Hyehwa. Untuk ke platform yang betul, anda perlu cari platform arah ke (Chungmuro- stesen pertama selepas myeongdong) ataupun (Danggogae - stesen terakhir bagi line 4 menghala ke arah Hyehwa).

Tulisan di atas setiap pintu subway. Stesen sekarang : Mangwon, menghala ke arah Mapo-gu Office.
 2. Dalam subway akan ada LCD screen serta announcement stesen berikutnya serta pintu di sebelah mana dalam 4 bahasa (Korea, English, Jepun dan China). 

3. Sila beratur di tempat yang ditandakan (kebiasaannya tanda tiga segi  di atas lantai di depan setiap pintu masuk kereta api) serta beri laluan kepada orang yang hendak turun terlebih dahulu. Rasanya ini etika basic untuk mana2 tempat pun.

3. Bila berada dalam subway, pastikan anda tidak duduk di mana2 kerusi yang hujung sekali bagi setiap gerabak. Kerusi tersebut hanya dikhaskan untuk golongan tua dan orang-orang yang memerlukan. Memang kebiasaannya tempat tersebut tiada orang yang akan duduk melainkan golongan warga emas.

*Apabila berjalan di dalam stesen, terutamanya ketika peak hour saya sarankan anda tidak berjalan di tengah2, lebih-lebih lagi kalau anda membawa budak2. Orang Seoul semua rata2 berjalan sangat laju dan kadang-kadang ada yang berlari semata-mata nak mengejar kereta api. Nenek tua bertongkat pun sungguh2 berjalan cepat bila dengan bunyi kereta api nak datang.

*Jikalau anda travel dengan anak2 kecil, saya sarankan anda elakkan travel sewaktu peak hour. Keadaan dalam kereta api dan dalam stesen sangat sesak dengan manusia. Tapi kalau terpaksa, pastikan anak2 semua dipegang dengan erat agar tiada yang terpisah.   

*Ketika di escalator, keep right jika anda tidak bergegas.

Keluar stesen:  

Harus diingat bahawa stesen subway Seoul adalah luas. Bukan setakat tandas, ada banyak juga kedai jual snek, baju, kasut, barang kosmetik, etc. Untuk memudahkan perjalanan, anda perlu memastikan exit berapa anda perlu keluar untuk ke destinasi anda. Cari papan tanda berwarna putih kuning untuk mengetahui arah exit anda masing-masing.

Papan tanda yang menandakan exit di stesen
Pemandangan luar Exit 1 stesen Dongdaemun.

Sistem pembayaran:
Terdapat dua cara pembayaran bagi subway; menggunakan cash ataupun T-money. Personally saya sarankan penggunaan T-money berbanding cash, kerana lebih mudah dan murah. Tambang yang dikenakan murah 100 won berbanding kalau anda menggunakan cash. Bolehlah kan?

-T-money ni kiranya macam Touch 'n Go, boleh digunakan untuk subway, bas, teksi, ataupun untuk beli barang2 dalam convenience store.
-Sekeping harganya sekitar (3,000 won - 4,000 won) dan boleh didapati di kedai2 convenience seperti GS25, C4U, 7-11 dan sebagainya. Untuk top-up pun boleh di kedai2 yang disebutkan ataupun di mesin top up di dalam stesen subway.
-Apabila anda sudah selesai menggunakan T-money dan ingin pulang ke Malaysia, baki yang ada dlm kad boleh direfund di mana2 convenience store (tolak 500 won service charge). Tapi kad akan diambil kembali.
-Kalau terasa sayang nak pulangkan kad, tapi baki banyak lgi, sya cdgkan anda shopping la apa2 makanan atau air di kedai tersebut. Kad dpt, duit pun xdelah burn mcm tu aje.
-Tapi kalau nak simpan pun boleh sbb xde expiry date. Kalau terasa nak ulang lgi visit seoul atau ad kenalan sedara mara nak pergi, boleh guna t-money yg sama.
-Caranya mcm touch 'n go jugak, tap sebelum masuk gate stesen dan tap ketika keluar gate subway.
-PENTING: kalau anda ad bawa budak2, beritahu org kedai tersebut dan minta dia setkan supaya kad untuk kanak2 dpt diskaun istimewa untuk kanak2 (bnyak jugak, dlm separuh harga dewasa kot). Kalau x thu sgt nak ckap, tunjuk aja kanak2 tu, nnti fahamlah org kedai tu nak buat apa.

Comments

Popular Posts