Memasak di New Zealand (Part 1)

                Salah satu perkara yang penting semasa travel sudah semestinya berkaitan dengan makanan, bukan? Apatah lagi mengunjungi negara yang bukan majoriti Muslim, tentulah makanan halal lebih sukar untuk didapati berbanding di Malaysia, ditambah pula dengan harga yang tinggi dek perbezaan matawang, ramai juga yang memilih untuk masak sendiri apabila melancong ke luar negara.
         
              Begitu juga dengan kami. Dengan 6 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, jikalau hendak makan di luar setiap kali waktu makan, memang pengsan jawabnya. Solusi terbaik adalah memasak sendiri makanan dan hanya sekali-sekala merasai makananan tempatan (kebiasaannya fish and chips). Di sini, saya ingin berkongsi pengalaman kami memasak sendiri sepanjang melancong ke New Zealand.

1. Dapur untuk memasak 

            Perkara paling asas untuk memasak, mestilah perlu ada dapur bukan? Tidak kira sama ada mengembara menggunakan motorhome ataupun menginap di hotel/guesthouse, kemudahan dapur untuk memasak sedikit sebanyak membantu dalam menjimatkan kos makanan sepanjang travel.
Keluarga saya contohnya, kami kebiasaannya memilih untuk menginap di mana2 kediaman yang ditempah melalui website Airbnb.

Ruang dapur di salah sebuah kediaman kami di Auckland
              Bagi mereka yang memilih untuk menginap di hotel, kemungkinan besar kemudahan dapur atau pantry ada, tetapi perlu dikongsi bersama-sama dengan penginap yang lain. Tetapi rasanya tidak perlu risau kena berebut ke apa sebab kebiasaannya yang rajin masak-memasak sewaktu travel ni orang2 yg nak makanan halal ataupun orang yg susah nak tinggal tekak malaysia, betul tak?


2. Rancang menu lebih awal sebelum berangkat

                   Rata-rata sedia maklum bahawa pihak kastam New Zealand amat ketat, dan bahan-bahan makanan tidak boleh dibawa sewenang-wenangnya. Untuk selamat, elakkan membawa barang2 makanan berasaskan daging dan produk tenusu, dan hanya bawa makanan yang telah dipek secara komersial. Declare setiap bahan makanan yg dibawa, letakkan dlm satu beg agar senang untuk pemeriksaan pihak kastam nanti.


Nasi goreng dimakan bersama telur dadar dan sambal ikan bilis segera
           Sepanjang waktu travel ni, adalah lebih baik untuk kita luangkan lebih masa menikmati percutian berbanding bersilat di dapur semata-mata, jadi rancanglah menu2 yang mudah dan ringkas. Satu cadangan saya, ialah nasi goreng dan telur goreng. Hanya perlu bawa perencah nasi goreng saja dari Malaysia (melainkan anda rajin untuk membeli, memotong bawang dll di New Zealand), beli frozen mixed veggies (lebih kurang $3 utk beg 1kg) di mana2 mart berdekatan dan goreng bersama nasi.

3. Barang-barang masakan yang dibawa dari Malaysia
    
        Jikalau terasa muak mengadap nasi goreng setiap kali waktu makan, boleh juga bawa pes2 kuah utk dibuat lauk dan dimakan dengan nasi putih. Saya tidak pasti keadaannya di dapur2 hotel/guesthouse/motorhome, tetapi setiap rumah yang kami sewa melalui Airbnb mempunyai periuk nasi sendiri, jadi tidak perlu susah payah masak nasi menggunakan periuk atas api ataupun microwave. Apa yang kebiasaannya kami buat:

  • Perencah nasi goreng = (kalau jenama Seri Aji ada yg paket utk 4-5 org makan, lebih snang. sekali masak guna satu, x prlu nak simpan jika ada baki)
  • Pes tomyam = blh beli sayur2an sedikit dan udang/sotong frozen, dan campurkan saja semua dlm satu periuk. 
  • Pes kari/masak merah/masak lemak/Asam pedas Brahim = sama seperti tomyam tdi. Hanya masukkan lauk sahaja dan siap. 
  • Sambal ikan bilis segera = Dahulu kami sering beli jenama Brahim, tapi sekarang telah beralih ke AdeqSue. Memang lebih sedap sambal dia, serius!
  • Pes Sambal tumis = Sama juga, dahulu sering beli jenama Brahim, tapi sekarang telah beralih ke jenama Delimas. 
  • Beras = biasanya bawa 1 atau 2 kg sahaja sebagai permulaan utk masak ketika mula-mula sampai dan belum sempat membeli grocery.
  • Minyak masak 1kg (botol) = boleh saja beli minayk di sana tetapi minyak sawit susah untuk dijumpai. Kami gunakan minyak sawit untuk menggoreng fries dan jemput-jemput untuk budak-budak.
  • Jemput2 instant - Mudah utk alas perut waktu breakfast. Goreng jemput2 saja dan keluar berjalan. Balik malam barulah masak nasi untuk makan.
  • Snek2 = Seperti biasa utk mengalas perut di tengah perjalanan. Maggi, instant mushroom soup, biskut2 paket dan sebagainya. 

              Dahulu, kalau travel beg makanan kami sentiasa penuh dengan makanan Brahim (nasi goreng, nasi briyani dan sebagainya) serta lauk2 segera Brahim dan lauk segera dalam tin. Tapi agaknya makin lama makin bosan dengan rasa makanan yang sama sahaja, dan kos produk2 itu semua pun sebenarnya blh tahan mahal juga.

      
Dapur di kediaman kami di Rotorua
               Jadi memang sekarang kami lebih kepada membawa perencah dan membeli barang2 basah di destinasi sahaja. Beg pun kurang berat, makanan lebih sedap dan berkhasiat, dan pada masa yang sama dapat merasai pengalaman membeli belah di negara asing. (Pertama kali berjumpa dengan kaunter self-service di mana semua proses dari scan barangan sehingga membungkus barangan dan memproses kad kredit perlu dilakukan sendiri). Kisah selanjutnya akan saya sambung dalam post yang akan datang ya.

Comments

Popular Posts