Kami sekeluarga telah melawat New Zealand North Island dengan tujuan berehat-rehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi ketika cuti Raya Haji yang lepas. Cuti yang singkat tidak mengizinkan kami menjelajah South Island sekali. Mungkin jikalau ada rezeki lagi dan cuti yang panjang insyaAllah akan menjejakkan kaki ke South Island pula.
 |
Pemandangan dari salah satu Scenic Look out dalam perjalanan dari Auckland ke Rotorua via Matamata
|
 |
Pemandangan di sepanjang perjalanan Auckland ke Rotorua via Matamata |
 |
Pemandangan bandar Rotorua dari Skyline Luge |
Pada pagi Raya Aidiladha, kami sekeluarga telahpun bersiap-siap untuk ke Rotorua Islamic Centre untuk bersembahyang raya dan menyambut Aidiladha bersama-sama community di situ. Tetapi malangnya ketika kami sampai ke bangunan tersebut, Islamic Centre telah berpindah dan bangunan kecil berwarna biru tersebut disenaraikan untuk dijual. Khabarnya ada Islamic Centre yang lebih besar dan lengkap dibina di Rotorua tetapi kami tidak berjaya menjumpainya. Tiada kesampaian hajat, mungkin lain kali kami akan mencuba lagi. Islamic Centre lain yang terdekat yang kami jumpa hasil carian Google terletak di Taupo, kira-kira satu jam perjalanan dari Rotorua. Tetapi disebabkan terlalu jauh menyimpang dari rancangan asal kami, kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan pulang ke Auckland sahaja, kali ini melalui Hamilton.
 |
Pemandangan dari halaman rumah sewa di Rotorua |
 |
Pemandangan dari aMaze Me, Rotorua berdekatan dengan Agroventures. |
Maze pokok hedge setinggi 8 kaki ini memang mencabar. Purata masa yang diperlukan untuk sampai ke tengah ialah 20 minit. Jiakalu tersesat, jangan risau ada pintu khas disediakan untuk keluar. Selain Maze, terdapat juga pelbagai board games dan permainan yang disediakan di kawasan perkarangan aMaze me ini dengan beberapa buah meja piknik untuk makan bekalan.
 |
Pemandangan di Keeley's Forest Reserve, dalam perjalanan Rotorua ke Hamilton. |
 |
Keeley's Forest Reserve |
Tujuan asal kami singgah di Keeley's Forest Reserve ini adalah untuk menghilangkan lenguh dan pergi ke tandas dan sebagainya. Alhamdulillah dapat peluang menyaksikan pemandangan yang cantik sebegini. Dengar khabar, pemandangan di South Island jauh lebih cantik. Wah, mesti terharu jikalau berpeluang menjejakkan kaki ke South Island juga. InsyaAllah suatu hari nanti!
Comments
Post a Comment