Makan-makan Auckland : Sea Cow On the Bay

 
           Lumrahnya, apabila berada di New Zealand menu paling ringkas untuk mencari makanan halal ialah Fish and Chips. Cuma pastikan yang fish filletnya bukan "Beer-battered", dan insyaAllah hidangan tersebut selamat untuk dimakan. Ketika bersiar-siar di Mission Bay, kami mencari restoran yang ada menjual fish and chips untuk makan tengah hari. Berpandukan kepada Encik Google dan review-review di dalam Trip Advisor, akhirnya kami memutuskan untuk mencuba hidangan di restoran ini.



Restoran: Sea Cow On the Bay, 
Alamat: 33 Tamaki Drive | Mission Bay, Auckland Central

Hiasan dalaman restoran ringkas sahaja, tetapi tenang dan kemas. Disebabkan kami ramai, pekerja membawa kami ke tingkat atas, dengan meja mengadap pemandangan laut. Selain kami, hanya terdapat sekumpulan pelanggan lain sahaja pada ketika itu. Satu perkara yang bagus, kami diberikan dua jag air sejuk beserta hirisan lemon di dalamnya, jadi sudah tidak perlu memesan air minuman lagi. Jimat sedikit di situ.  

Disebabkan perut masing-masing sudah berkeroncong lapar, pelbagai makanan juga yang dipesan. Kesemua hidangan sini berasaskan seafood, jadi banyak juga pilihan yang ada.Mungkin disebabkan tidak ramai orang, pesanan kami sangat pantas disediakan dan tidak sampai 15 minit, kesemua hidangan sudah siap. Masa untuk makan!


Market Fish & Chips ($10)
           Kami sebenarnya memesan 2 pinggan Fish and Chips untuk dikongsi, akan tetapi pekerja tersebut tersalah dengar dan hanya membawa satu. Adalah juga berkira-kira untuk memesan satu set lagi Market Fish & Chips ini, tetapi setelah melihat portion hidangan ini yang agak besar dan hidangan-hidangan lain, kami membatalkan hasrat tersebut. Fish fillet sangat rangup dan enak, lebih-lebih lagi dimakan bersama tartar sauce yang disertakan. Salad pun sangat segar dan sedap, para penggemar salad pasti suka!

Seafood Soup with garlic Bread (17$)

Garlic Bread ($5) dan Smoked Salmon Salad ($10)
Selain Fish and Chips, kami turut memesan semangkuk Seafood soup, sepinggan garlic bread tambahan untuk dimakan dengan soup tersebut, dan smoked salmon salad. Seafood soup juga terbaik, apabila dimakan dengan garlic bread, cepat sahaja perut terasa kenyang walaupun kami berkongsi-kongsi hidangan antara satu sama lain. Smoked salmon salad pun sangat segar dan sedap, dimakan dengan garlic bread dan sos honey mustard yang manis-manis rasanya. 
Grilled Salmon ($21)
Chips ($4)

Disebabkan ini hari terakhir kami di New Zealand sebelum berangkat pulang ke Malaysia keesokan harinya, kami memesan hidangan salmon kerana tidak berkesempatan merasa sebelum ini. Walaupun agak mahal berbanding hidangan-hidangan lain, grilled salmon ini juga sangat enak dan well-seasoned. Bolehlah untuk melepaskan gian merasa salmon di New Zealand ini. Ditambah pula dengan satu pinggan tambahan kentang (chips), Alhamdulillah kenyang jugalah perut masing-masing walaupun berkongsi-kongsi hidangan. Setiap orang dapat merasai pelbagai jenis hidangan apabila berkongsi. Selain hidangan-hidangan yang dipesan, terdapat banyak lagi menu yang menarik untuk dicuba, semuanya berasaskan seafood. Jikalau anda ingin singgah makan di Mission Bay, bolehlah cuba makan di Restoran Sea Cow on The Bay ini!

Comments

Popular Posts