5 sebab untuk melancong ke Korea Selatan

      Sebut saja Korea Selatan, mesti semua orang dah mula terbayang wajah-wajah bintang K-pop ataupun K-drama kegemaran masing-masing, ataupun rancangan variasi seperti Running Man dan Infinite Challege, bukan? Apatah lagi dengan teknologi internet yang semakin maju, maka lagi pesatlah juga berkembangnya gelombang Hallyu ke seluruh dunia.

     Namun begitu, terdapat banyak lagi perkara yang menarik di sini selain daripada tarikan bintang-bintang terkenal semata-mata. The people and simply the city itself have its own charm, waiting to be discovered. Berikut adalah 5 sebab untuk anda melawat Korea Selatan meskipun anda bukan peminat K-Pop @ K-Drama:


1. Selamat 

      South Korea boleh dikatakan sangat selamat untuk dilawati. Kadar jenayah adalah rendah dan rondaan anggota polis juga boleh dikatakan kerap. Kebanyakan dari mereka selalunya tak lekang dengan smartphone + earphone masing-masing sama ada tengah berjalan ataupun sambil menunggu bas di tepi jalan. Tak kurang juga yang berjalan pulang seorang diri pada waktu malam! 

     Saya dan seorang sahabat pernah menaiki bas malam ke Busan, dan sampai di stesen bas pada pukul 3.30 pagi maka kami terpaksa menunggu sehingga perkhidmatan subway bermula untuk ke tempat penginapan. Walaupun terdapat beberapa orang yang jelas mabuk di sekitar stesen, namun masing-masing kebiasaannya tidak akan menganggu orang lain. Cuma terdapat seorang yang menghampiri kami dan cuba berbual-bual, akan tetapi selepas kami meminta diri dia pun beredar dari situ.
    

     Tidak dinafikan jenayah itu boleh berlaku di mana-mana sahaja, akan tetapi selagi kita mengambil langkah-langkah keselamatan yang asas, insyaAllah tiada masalah sepanjang di sini. Rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa saya rasa lebih selamat dan yakin bersiar-siar di sekitar kota Seoul berbanding kota Kuala Lumpur!


2. Budaya

     Secara lumrahnya, budaya masyarakat di setiap tempat adalah berbeza. Dalam Al-Quran sendiri Allah telah menyebutkan tentang bagaimana Allah menciptakan manusia itu bersuku-suku untuk kita saling mengenali. Amat menarik budaya mereka yang jelas berbeza berbanding budaya kita, akan tetapi masih sama kuat mengekalkan ciri-ciri ketimuran. Mereka sangat berbangga dengan budaya dan jati diri mereka, maka tidak hairanlah warisan sejarah mereka banyak yang masih kekal terpelihara walaupun kehidupan mereka beransur moden.
Heunginjimun Gate (National Treasure No.1) berdekatan Dongdaemun
     Contohnya seperti Heunginjimun Gate yang dibina pada tahun 1398 (zaman dinasti Joseon). Gate ini terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi oleh jalan raya yang boleh tahan sibuk, namun masih terjaga dan terpelihara. Selain tinggalan-tinggalan sejarah yang ada, kita juga boleh merasai sendiri perbezaan budaya dengan memerhatikan penduduk tempatan menjalani kehidupan seharian masing-masing. Bersedia untuk melihat kehidupan mereka yang serba-serbi hendak cepat!

 
3. Tempat-tempat yang menarik
   
     Tidak kira sama ada minat anda menjurus kepada drama dan muzik, warisan sejarah, budaya dan masyarakat, membeli-belah mahupun keindahan alam sekitar, there is something for everyone. Berita baik, kebanyakan tempat tarikan pelancong di Seoul sama ada percuma ataupun dikenakan bayaran yang sedikit sahaja (sekitar 3,000-5,000 won). Selain itu, terdapat juga beberapa tempat yang menawarkan diskaun khas untuk para pelancong asing (Contohnya di Nami Island).


    Dalam Seoul sahaja terdapat 4 buah istana dan beberapa buah muzium untuk dilawati. Buat mereka yang berminat dengan senibina rumah tradisional (hanok) atau ingin merasai pengalaman minum teh tradisional dan sebagainya, Bukchon Hanok Village terletak di antara dua istana yang utama untuk dilawati. Bagi mereka yang gemar window shopping mahupun real shopping, tempat-tempat seperti Myeongdong, Dongdaemun dan Namdaemun Market sesuai untuk dilawati, dan nama Nami Island tidak asing lagi buat mereka yang ingin menyaksikan keindahan semula jadi.

 
4. Kos yang tidak terlalu mahal
  
   Satu waktu dahulu saya juga beranggapan bahawa hanya golongan yang betul-betul berada sahaja yang mampu bercuti di negara yang maju seperti Korea Selatan. Sudahlah matawang mereka berganda kali ganda lebih tinggi berbanding ringgit, ditambah pula dengan pilihan makanan halal yang sangat terhad dan lebih mahal berbanding makanan biasa. Aduh, boleh pening dibuatnya!
   
    Secara umumnya, kedudukan matawang ringgit berbanding matawang asing mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap kos sesebuah percutian. Namun begitu, jika kena gayanya tidak mustahil untuk anda melawat Korea Selatan dengan kos yang jauh lebih murah. Gaya 'backpackers' ini mungkin sedikit memenatkan kerana memerlukan usaha lebih untuk membuat persediaan dan sebagainya, tetapi mampu menjimatkan sebahagian besar daripada perbelanjaan anda!
Salah satu pemandangan ketika menaiki bas sekitar Seoul
     Sistem pengangkutan awam yang mantap serta murah adalah faktor penting dalam merancang percutian dengan bajet yang terhad. Selain pengangkutan, pencarian makanan halal juga kini semakin mudah dan murah atas jasa baik para travellers yang tidak lokek berkongsi maklumat. Pendek kata, kini semua maklumat sudah ada di hujung jari, dan kita boleh manfaatkan demi merancang percutian dengan perbelanjaan yang sedikit.


 5. Mudah

    Walaupun terdapat halangan dari segi bahasa ketika melancong di sini, namun ianya tidak sesukar yang disangka. Terdapat banyak kaunter informasi yang mempunyai staf yang mampu berbahasa Inggeris, dan terdapat banyak juga papan tanda dalam bahasa Inggeris. Malah peta serta papan tanda di stesen-stesen subway juga disertakan dengan bahasa Inggeris untuk memudahkan para pelancong. Selain itu, terdapat juga talian yang dikhaskan untuk menjawab segala pertanyaan para pelancong sepanjang berada di Korea.



     Bagi sistem bas pula, hanya hentian-hentian di subway stesen sahaja yang disertakan dengan bahasa Inggeris. Namun begitu, jika anda tahu bas nombor berapa perlu dinaiki untuk ke sesuatu destinasi tidak perlu risau kerana kebanyakan bas mempunyai announcement dan LED display setiap hentian dalam bahasa Korea dan seterusnya bahasa Inggeris.
____________________________________________________________________________________

Pendek kata, Korea Selatan khususnya Seoul adalah destinasi yang menarik dan selamat untuk dilawati, terutamanya mereka yang baru pertama kali hendak menjejakkan kaki ke negara orang. Jadi, tunggu apa lagi? Jom, cari tiket murah ke Korea! 


Comments

Popular Posts